Saturday, 4 June 2016




Hai! Assalamualaikum semua bloggers? Pssttt...ada cerita nak dikongsi ni!

Segalanya bermula semasa saya di dalam Darjah 3. Biasalah bila hujung minggu, kami sekeluarga akan menghabiskan masa bersama samada di rumah atau pun kami keluar berjalan-jalan. minggu tu, mama saya bawa saja jalan- jalan di the Curve. Semasa melewati e-Curve tu, mama saya terpandangkan tanda arah untuk ke pusat luncur ais, Di mana? Di Royale Bintang bersebelahan e-Curve tu. 

Mula- mula memang ler saya ZERO pasal meluncur ais tu. Duduklah tepi rink sambil menahan kesejukan. Ehhhh...macam best  jer.. Saya pun mulalah cucuk jarum! hehehe... Saya cakap kat  mama saya... "Boleh tak nak main? Nak cuba lah...macam best jer!"

Agak-agak, apa jawapan mama saya? "Boleh. tapi kalau jatuh jangan menangis. sebelum tu kita kena check pasal peraturan dulu."


Alamak! Kecewa sungguh! Mana taknya! Rupanya pakaian saya di ketika itu kurang sesuai lah.

Ok...ok...ok...mampu yengok ajerlah di luar rink ya nampaknya!


Masa keluar dari tempat meluncur ais ni, saya cakap la kat mama saya yang saya nak jugacuba main. Kalau bukan hari ini, hari lain, boleh kan?



Saya kembali semula ke tempat luncur ais ni selepas beberapa bulan juga lah. Masa mendaftar di kaunter, beratur nak ambil kasut...hehehe...senyuman saya sampai ke telinga hahaha!

Mula- mula saya masuk rink tu boleh la meluncur sikit- sikit, pegang-pegang tepi rink tu. Jatuh? Banyak kali! Jatuh...bangun! Jatuh lagi...bangun lagi!


Dok sibuk jatuh bangun tu, masa ni lah ada sorang abang skater tak silap saya dari kumpulan Thrill On Ice mendekati. Mata saya terus tertumpu pada kata-kata di belakang baju abang ni;

''If you're not falling,you're not learning."

Saya cuba fahamkan apa yang tertulis tu. Saya jadi bersemangat nak memahirkan diri...nak jadi sehandal abang skater tu hehehehe...
Terdetik seketika di dalam hati, jatuh bukanlah titik pengakhiran dalam meluncur ais. Bila jatuh, itulah yang sebenarnya membakar lagi semangat saya untuk terus bangkit dan cuba lagi...lagi...dan lagi!



Selepas beberapa ketika dengan insiden jatuh bangun tu, saya mula dah ada 'self confidence'. Sudah boleh berdikari, jatuh bangun pun dah semakin berkurangan, Tapi, masa ni, pakaian saya dah lencun...hahahaha


Bermula dari situ, saya pun mulalah belajar buat skil atas ais. Mula mula cuba la nak buat grapevine lah kunun...hahaha pastilah jatuh! Kali ini bila saya jatuh, sudah ada skater berpengalaman daripada The Ice Dazzler ni datang membantu saya. Terima kasih!



Skater tu mula tunjuk sikit taring dia. Wahhhh! Terpegun sekejap! Buat skil atas ais tu macam benda biasa je bagi dia. Kalau dia boleh, saya pun mesti boleh...kan?



Selepas tu, agak lama jugalah saya tak ke sana lagi? Seingat saya, selepas tiga tahun selepas tu baru lah saya datang main lagi. Lammmmmmaaaa tu!

Time tu lah saya nampak ramai ahli-ahli daripada The Ice Dazzler ni. Mereka tidak datang secara keseorangan. Mereka datang secara berjemaah kau!


Sejak daripada tu lah saya mulalah cuba mencari nama kumpulan ini di instagram.. Rupanya mereka ditubuhkan pada 15/10/2014. 



Sehingga ke hari ini, hampir setiap hari saya  akan buka instagram untuk melihat perkembangan mereka.. Saya pun mulalah menjadi supporter untuk team ni. Siap ada baju lagi tau..hehehe...paling penting..."Kau hado?????"





Afiqah
4 June 2014
Assalamualaikum semua!

Sihat? Saya tanya apa khabar? Saya tanya apa khabar semua?...da macam lirik lgu daaa...
Alahmdulillah, syukur. Allah kurniakan kesihatan terbaik buat saya? 

Psstttt...nak berkongsi cerita sikit ni. Pasal gigi kita! 

Haaaa. Sesiapa yang sakit sedang gigi atau kurang penjelasan pasal gigi tu, bolehlah baca. Harap dapat sedikit perkongsian ini memberi banyak manfaat! Inn Shaa Allah.

GIGI? Apa tu?
Ianya adalah ialah stuktur kecil berwarna putih yang terdapat di dalam mulut.

Kepentingan gigi? Antaranya;

1) Untuk mengunyah makanan.
2) Bercakap dengan jelas.
3) Menyerikan wajah.


STRUKTUR GIGI.



1) Enamel.
2) Dentin.
3) Gusi.
4) Salur darah/ saraf.
5) Saraf.



GIGI SUSU.


1) Kanak- kanak mula tumbuh gigi ketika berumur 6 bulan.
2) Jumlah gigi ialah 20 batang.
3) Jumlahnya lengkap ketika berumur 5 tahun.
4) Gigi kanak- kanak dikenali sebagai gigi susu.

CIRI- CIRI GIGI SUSU.

1) Tidak bersifat kuat.
2) Bersifat sementara.
3) Akan gugur dan digantikan dengan gigi kekal selepas umur 5 tahun.
4) Gigi kekal tumbuh sehingga 32 batang.


GIGI KANAK- KANAK.



Gigi atas

1) Gigi kacip.
2) Gigi taring.
3) Gigi geraham.

Gigi bawah

1) Gigi geraham.
2) Gigi taring.
3) Gigi kacip.

SET GIGI SUSU.

Jenis gigi

1) Kacip : 4 rahang atas, 4 rahang bawah.
2) Taring: 2 rahang atas, 2 rahang bawah.
3) Geraham: 4 rahang atas, 4 rahang bawah.


GIGI KEKAL.



Gigi atas

1) Gigi kacip.
2) Gigi taring.
3) Gigi geraham kecil.
4) Gigi geraham.

Gigi bawah

1) Gigi geraham.
2) Gigi geraham kecil.
3) Gigi taring.
4) Gigi kacip.

SET GIGI KEKAL.

Jenis gigi

1) Kacip : 4 rahang atas, 4 rahang bawah.
2) Taring: 2 rahang atas, 2 rahang bawah.
3) Geraham kecil: 4 rahang atas, 4 rahang bawah.
4) Geraham: 6 rahang atas, 6 rahang bawah.


KEGUNAAN GIGI MANUSIA.



1) Gigi kacip: memotong makanan.
2) Gigi taring: menyiat makanan.
3) Gigi geraham: memecah dan melumatkan makanan.


AMALAN PENJAGAAN GIGI.


1) Gosok gigi dua kali sehari.
2) Guna flos gigi.
3) Guna ubat gigi berfluorida.
4) Jumpa doktor gigi enam bulan sekali.
5) Makan makanan yang berkhasiat.
6) Elakkan mengambil makanan bergula.
7) Berkumur selepas makan.


MAKANAN BAIK UNTUK GIGI.



1) Keju.
2) Ikan.
3) Susu.
4) Sayur- sayuran.
5) Buah- buahan.


MAKANAN YANG BOLEH MEROSAKKAN GIGI.


1) Kek.
2) Ais- krim.
3) Gula- gula.
4) Minuman ringan.

Amacam...get some idea how to to care of out teeth?

Afiqah
4 June 2016

Thursday, 26 May 2016

Cerita Sains lagi! Penting ni, semua orang patut tahu tau! Mak saya pernah bercerita semasa dia belajar di MRSM Terendak Melaka dulu, team dia pernah letupkan makmal kimia. Apa!!!!

Jadi, hari ini jom kita lihat senarai semak hal-hal keselamatan dalam bilik sains. Mesti ambil tahu dan ambil kisah ya!




PERATURAN BILIK SAINS.

1) Bilik Sains ialah bilik khas untuk menjalankan aktiviti sains seperti penyiasatan atau eksperimen.

2) Bilik Sains dilengkapkan dengan peralatan dan bahan yang diperlukan untuk menjalankan aktiviti sains.

3) Setiap Bilik Sains mempunyai peraturan yang perlu dipatuhi oleh setiap murid.

4) Peraturan Bilik Sains dibuat bagi menjamin kelancaran proses pembelajaran dan memastikan keselamatan murid.

5) Antara Peraturan Bilik Sains yang ditetapkan ialah perkara yang perlu dipatuhi dan perkara yang dilarang dilakukan di dalam Bilik Sains.

PERKARA YANG PERLU DIPATUHI.

1) Murid hendaklah masuk ke Bilik Sains dengan kebenaran guru.

2) Murid hendaklah beratur semasa memasuki Bilik Sains.

3) Semua aktiviti mesti dijalankan mengikut arahan yang diberi oleh guru.

4) Murid hendaklah melaporkan sebarang kemalangan, kecederaan, dan kerosakan kepada guru dengan segera.

5) Sampah dan sisa bahan hendaklah dibuang ke dalam tong sampah yang disediakan.

6) Kerusi perlu disusun dengan kemas sebelum keluar dari Bilik Sains.

7) Bilik Sains hendaklah dipastikan dalam keadaan bersih dan kemas sebelum meniggalkannya.

PERKARA YANG DILARANG.

1) Murid tidak dibenarkan makan dan minum di dalam Bilik Sains.

2) Murid dilarang bergurau, bermain dan berlari di dalam Bilik Sains.

3) Murid dilarang membawa keluar sebarang peralatan dan bahan dari Bilik Sains.


Afiqah
26 Mei 2016

Thursday, 12 May 2016

Anda macam saya? Suka meluncur atas ais!

Haiiiii!!!!!

Nama saya Nurul Afiqah Amirah Bt Irwan. Nama glam... PQah. 


Aktiviti paling saya suka adalah "ice skating" alaaa luncur ais lah! . Malaysia? Luncur ais? Macam mana tu? Ala...sekarang ni apa yang kita tak boleh adakan. Di Malaysia pun ada lantai ais tau. yang popular antaranya The Royale Ice Skating di kota Damansara, Ice Scape di Putrajaya dan di Sunway Pyramid. yang lain-lain ada juga tapi saiz lantai adalah kecil. Luncur ais semakin popular di Malaysia. Kalau tak, tak muncullah nama-nama hebat kumpulan-kumpulan peluncur ais. Antara yang popular adalah The Ice Dazzlers, The Ice Hunter,Thrill on Ice, The Ice Shadow dan macam-macam lagi lah. 



Dek kerana minat, saya cuba menjadi pengikut The Ice Dazzlers. Kiranya saya ni peminat fanatik kumpulan ini. Pada mulanya, saya berjumpa ahli-ahli daripada kumpulan ini semasa saya berluncur salji di Royale Bintang, The curve. pertama kali melihat peluncur-peluncur ini beraksi, perasaan teruja sukar dibendung. WOW! Bagi saya,mereka sangat hebat. Bukan sekadar meluncur ke hadapan sahaja. Mereka membuat bermacam-macam skill yang membuatkan saya terpesona apabila melihatnya. Sejak daripada itu, saya mula meminati dan menyimpan hasrat untuk masuk menjadi ahli kumpulan ini. 

Sayang seribu kali sayang, TIADA KEMASUKAN AHLI BARU...itulah feedback dari Admin The Ice Dazzlers sehinggalah jika kekosongan kelak, lain ceritalah!
Putus asa? Mestilah! Tapi tak lama. Semangat saya pulih kembali setiap kali saya menegnakan kasut luncur ais. Tak apalah. Mungkin bukan sekarang...esok? Mungkin. Hahahahaha...best kan berangan. Berangan kan ke free ajer! Yang penting, saya ada jersi sebagai penyokong The Ice Dazzler. Kau ada?



Apa lagi, setiap kali ke lantai luncur ais, saya melaramlah dengan baju tu. Hehehe... Tak sombong! itu yang penting. Setiap kali saya mengenakan jersi, Ahli-ahli kumpulan daripada The Ice Dazzler akan melemparkan senyuman dan menegur saya. perasaan saya? Syok ler! Gila tak syok! Lagi-lagi bila ada antara ahli yang berkongsi tips luncur atas lantai ais. Belajar dari mereka berpengalaman. Mahal tu!

Saya juga pernah bergambar dengan beberapa orang ahli daripada The Ice Dazzler. Mereka sangat peramah dan baik hati. Terima Kasih saya ucapkan kepada ahli-ahli kumpulan The Ice Dazzler.

Tunggu "green light" dari mama ni untuk "next ice skating". Bila?


INTERAKSI ANTARA HAIWAN


Terdapat banyak haiwan yang hidup di suatu habitat. Haiwan berinteraksi antara satu sama lain bagi memenuhi keperluan asas untuk terus hidup.    Interaksi ialah perhubungan aktif antara hidupan yang saling bergantung antara satu sama lain.

Interaksi antara haiwan boleh berlaku sama ada antara spesies yang sama atau antara spesies yang berlainan.
Interaksi antara spesies yang sama dikenali sebagai interaksi intraspesies. Manakal interaksi antara spesies yang berlainan dikenali sebagai interaksi interspesies.

Interaksi antara haiwan berlaku dalam bentuk kerjasama atau persaingan.
Antara contoh-contoh interaksi Intraspesies adalah seperti berikut


a)      Semut bekerjasama membawa makanan.
b)      Kerbau bekerjasama melawan musuh.
c)      Kucing bersaing untuk mendapatkan makanan.
d)      Haiwan bersaing untuk merebut kawasan.

Manakala contoh-contoh Interaksi Interspesies adalah seperti berikut :

a)  Kerjasama antara kerbau dan burung bangau. Burung bangau memakan serangga pada badan bangaumemakan serangga pada badan kerbau, manakala kerbau melindungi burung bangaudaripada musuh.
b)     Kerjasama antara antelop dan babun untuk mengesan kehadiran pemangsa
c)  Persaingan antara dubuk dan harimau bintang untuk mendapatkan makanan.

d)    Burung helang dan serigala bersaing untuk mendapatkan makanan.