Thursday 12 May 2016

INTERAKSI ANTARA HAIWAN


Terdapat banyak haiwan yang hidup di suatu habitat. Haiwan berinteraksi antara satu sama lain bagi memenuhi keperluan asas untuk terus hidup.    Interaksi ialah perhubungan aktif antara hidupan yang saling bergantung antara satu sama lain.

Interaksi antara haiwan boleh berlaku sama ada antara spesies yang sama atau antara spesies yang berlainan.
Interaksi antara spesies yang sama dikenali sebagai interaksi intraspesies. Manakal interaksi antara spesies yang berlainan dikenali sebagai interaksi interspesies.

Interaksi antara haiwan berlaku dalam bentuk kerjasama atau persaingan.
Antara contoh-contoh interaksi Intraspesies adalah seperti berikut


a)      Semut bekerjasama membawa makanan.
b)      Kerbau bekerjasama melawan musuh.
c)      Kucing bersaing untuk mendapatkan makanan.
d)      Haiwan bersaing untuk merebut kawasan.

Manakala contoh-contoh Interaksi Interspesies adalah seperti berikut :

a)  Kerjasama antara kerbau dan burung bangau. Burung bangau memakan serangga pada badan bangaumemakan serangga pada badan kerbau, manakala kerbau melindungi burung bangaudaripada musuh.
b)     Kerjasama antara antelop dan babun untuk mengesan kehadiran pemangsa
c)  Persaingan antara dubuk dan harimau bintang untuk mendapatkan makanan.

d)    Burung helang dan serigala bersaing untuk mendapatkan makanan.

4 comments:

  1. Tahniah Afiqah! Kandungan blog yang menarik dan menghiburkan. Teruskan usaha anda ya..

    ReplyDelete
  2. Terima kasih cikgu Raihan Rahayu kerana memperkenalkan saya dengan dunia blog. Insyaallah saya akan mengasah bakat menulis saya.

    ReplyDelete