Thursday 26 May 2016

Cerita Sains lagi! Penting ni, semua orang patut tahu tau! Mak saya pernah bercerita semasa dia belajar di MRSM Terendak Melaka dulu, team dia pernah letupkan makmal kimia. Apa!!!!

Jadi, hari ini jom kita lihat senarai semak hal-hal keselamatan dalam bilik sains. Mesti ambil tahu dan ambil kisah ya!




PERATURAN BILIK SAINS.

1) Bilik Sains ialah bilik khas untuk menjalankan aktiviti sains seperti penyiasatan atau eksperimen.

2) Bilik Sains dilengkapkan dengan peralatan dan bahan yang diperlukan untuk menjalankan aktiviti sains.

3) Setiap Bilik Sains mempunyai peraturan yang perlu dipatuhi oleh setiap murid.

4) Peraturan Bilik Sains dibuat bagi menjamin kelancaran proses pembelajaran dan memastikan keselamatan murid.

5) Antara Peraturan Bilik Sains yang ditetapkan ialah perkara yang perlu dipatuhi dan perkara yang dilarang dilakukan di dalam Bilik Sains.

PERKARA YANG PERLU DIPATUHI.

1) Murid hendaklah masuk ke Bilik Sains dengan kebenaran guru.

2) Murid hendaklah beratur semasa memasuki Bilik Sains.

3) Semua aktiviti mesti dijalankan mengikut arahan yang diberi oleh guru.

4) Murid hendaklah melaporkan sebarang kemalangan, kecederaan, dan kerosakan kepada guru dengan segera.

5) Sampah dan sisa bahan hendaklah dibuang ke dalam tong sampah yang disediakan.

6) Kerusi perlu disusun dengan kemas sebelum keluar dari Bilik Sains.

7) Bilik Sains hendaklah dipastikan dalam keadaan bersih dan kemas sebelum meniggalkannya.

PERKARA YANG DILARANG.

1) Murid tidak dibenarkan makan dan minum di dalam Bilik Sains.

2) Murid dilarang bergurau, bermain dan berlari di dalam Bilik Sains.

3) Murid dilarang membawa keluar sebarang peralatan dan bahan dari Bilik Sains.


Afiqah
26 Mei 2016

No comments:

Post a Comment