Thursday, 26 May 2016

Cerita Sains lagi! Penting ni, semua orang patut tahu tau! Mak saya pernah bercerita semasa dia belajar di MRSM Terendak Melaka dulu, team dia pernah letupkan makmal kimia. Apa!!!!

Jadi, hari ini jom kita lihat senarai semak hal-hal keselamatan dalam bilik sains. Mesti ambil tahu dan ambil kisah ya!




PERATURAN BILIK SAINS.

1) Bilik Sains ialah bilik khas untuk menjalankan aktiviti sains seperti penyiasatan atau eksperimen.

2) Bilik Sains dilengkapkan dengan peralatan dan bahan yang diperlukan untuk menjalankan aktiviti sains.

3) Setiap Bilik Sains mempunyai peraturan yang perlu dipatuhi oleh setiap murid.

4) Peraturan Bilik Sains dibuat bagi menjamin kelancaran proses pembelajaran dan memastikan keselamatan murid.

5) Antara Peraturan Bilik Sains yang ditetapkan ialah perkara yang perlu dipatuhi dan perkara yang dilarang dilakukan di dalam Bilik Sains.

PERKARA YANG PERLU DIPATUHI.

1) Murid hendaklah masuk ke Bilik Sains dengan kebenaran guru.

2) Murid hendaklah beratur semasa memasuki Bilik Sains.

3) Semua aktiviti mesti dijalankan mengikut arahan yang diberi oleh guru.

4) Murid hendaklah melaporkan sebarang kemalangan, kecederaan, dan kerosakan kepada guru dengan segera.

5) Sampah dan sisa bahan hendaklah dibuang ke dalam tong sampah yang disediakan.

6) Kerusi perlu disusun dengan kemas sebelum keluar dari Bilik Sains.

7) Bilik Sains hendaklah dipastikan dalam keadaan bersih dan kemas sebelum meniggalkannya.

PERKARA YANG DILARANG.

1) Murid tidak dibenarkan makan dan minum di dalam Bilik Sains.

2) Murid dilarang bergurau, bermain dan berlari di dalam Bilik Sains.

3) Murid dilarang membawa keluar sebarang peralatan dan bahan dari Bilik Sains.


Afiqah
26 Mei 2016

Thursday, 12 May 2016

Anda macam saya? Suka meluncur atas ais!

Haiiiii!!!!!

Nama saya Nurul Afiqah Amirah Bt Irwan. Nama glam... PQah. 


Aktiviti paling saya suka adalah "ice skating" alaaa luncur ais lah! . Malaysia? Luncur ais? Macam mana tu? Ala...sekarang ni apa yang kita tak boleh adakan. Di Malaysia pun ada lantai ais tau. yang popular antaranya The Royale Ice Skating di kota Damansara, Ice Scape di Putrajaya dan di Sunway Pyramid. yang lain-lain ada juga tapi saiz lantai adalah kecil. Luncur ais semakin popular di Malaysia. Kalau tak, tak muncullah nama-nama hebat kumpulan-kumpulan peluncur ais. Antara yang popular adalah The Ice Dazzlers, The Ice Hunter,Thrill on Ice, The Ice Shadow dan macam-macam lagi lah. 



Dek kerana minat, saya cuba menjadi pengikut The Ice Dazzlers. Kiranya saya ni peminat fanatik kumpulan ini. Pada mulanya, saya berjumpa ahli-ahli daripada kumpulan ini semasa saya berluncur salji di Royale Bintang, The curve. pertama kali melihat peluncur-peluncur ini beraksi, perasaan teruja sukar dibendung. WOW! Bagi saya,mereka sangat hebat. Bukan sekadar meluncur ke hadapan sahaja. Mereka membuat bermacam-macam skill yang membuatkan saya terpesona apabila melihatnya. Sejak daripada itu, saya mula meminati dan menyimpan hasrat untuk masuk menjadi ahli kumpulan ini. 

Sayang seribu kali sayang, TIADA KEMASUKAN AHLI BARU...itulah feedback dari Admin The Ice Dazzlers sehinggalah jika kekosongan kelak, lain ceritalah!
Putus asa? Mestilah! Tapi tak lama. Semangat saya pulih kembali setiap kali saya menegnakan kasut luncur ais. Tak apalah. Mungkin bukan sekarang...esok? Mungkin. Hahahahaha...best kan berangan. Berangan kan ke free ajer! Yang penting, saya ada jersi sebagai penyokong The Ice Dazzler. Kau ada?



Apa lagi, setiap kali ke lantai luncur ais, saya melaramlah dengan baju tu. Hehehe... Tak sombong! itu yang penting. Setiap kali saya mengenakan jersi, Ahli-ahli kumpulan daripada The Ice Dazzler akan melemparkan senyuman dan menegur saya. perasaan saya? Syok ler! Gila tak syok! Lagi-lagi bila ada antara ahli yang berkongsi tips luncur atas lantai ais. Belajar dari mereka berpengalaman. Mahal tu!

Saya juga pernah bergambar dengan beberapa orang ahli daripada The Ice Dazzler. Mereka sangat peramah dan baik hati. Terima Kasih saya ucapkan kepada ahli-ahli kumpulan The Ice Dazzler.

Tunggu "green light" dari mama ni untuk "next ice skating". Bila?


INTERAKSI ANTARA HAIWAN


Terdapat banyak haiwan yang hidup di suatu habitat. Haiwan berinteraksi antara satu sama lain bagi memenuhi keperluan asas untuk terus hidup.    Interaksi ialah perhubungan aktif antara hidupan yang saling bergantung antara satu sama lain.

Interaksi antara haiwan boleh berlaku sama ada antara spesies yang sama atau antara spesies yang berlainan.
Interaksi antara spesies yang sama dikenali sebagai interaksi intraspesies. Manakal interaksi antara spesies yang berlainan dikenali sebagai interaksi interspesies.

Interaksi antara haiwan berlaku dalam bentuk kerjasama atau persaingan.
Antara contoh-contoh interaksi Intraspesies adalah seperti berikut


a)      Semut bekerjasama membawa makanan.
b)      Kerbau bekerjasama melawan musuh.
c)      Kucing bersaing untuk mendapatkan makanan.
d)      Haiwan bersaing untuk merebut kawasan.

Manakala contoh-contoh Interaksi Interspesies adalah seperti berikut :

a)  Kerjasama antara kerbau dan burung bangau. Burung bangau memakan serangga pada badan bangaumemakan serangga pada badan kerbau, manakala kerbau melindungi burung bangaudaripada musuh.
b)     Kerjasama antara antelop dan babun untuk mengesan kehadiran pemangsa
c)  Persaingan antara dubuk dan harimau bintang untuk mendapatkan makanan.

d)    Burung helang dan serigala bersaing untuk mendapatkan makanan.